
SELAMAT DATANG
KE LAMAN WEB SMK TAMAN KLANG UTAMA, KLANG.
Kami warga sekolah ini berasa amat berbangga kerana alaf baru ini telah membuka tirai kegemilangan kepada sekolah ini Visi sekolah iaitu melahirkan pelajar cemerlang, seimbang, berkuali, berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti telah dapat direalisasikan berkat kerjasama erat dan perkongsian bestari antara murid-murid, guru-guru, ibu bapa, staf sokongan dan masyarakat setempat. Dalam usianya hampir sepuluh tahun walaupun telah banyak mengalami liku-liku dan pelbagai cabaran, SMKTKU tetap teguh, gigih dan bersemangat kental sehingga berjaya menempa sejarah apabila meraih banyak kemenangan dalam kokurikulum disamping peningkatan akademik. Terima kasih diatas sokongan semua terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Pejabat Pelajaran Daerah Klang dan rakan-rakan sekolah.