School description

My photo
Kod Sekolah : BEA0107 Peringkat Sekolah: Menengah Rendah & Atas Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan Bilangan Guru : 116 Jenis Murid : Lelaki & Perempuan Enrolmen : 2150 Sesi : Pagi dan Petang Alamat Sekolah: Persiaran Sg. Keramat, Taman Klang Utama, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan No Telefon : 603-32918081 No. Fax : 603-32904276 Email: smktku@streamyx.comAlamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Web: www.smktku.edu.my Tarikh Tubuh : 6 Januari 1997

Wednesday, April 29, 2009

WELCOME


SELAMAT DATANG
KE LAMAN WEB SMK TAMAN KLANG UTAMA, KLANG.

Kami warga sekolah ini berasa amat berbangga kerana alaf baru ini telah membuka tirai kegemilangan kepada sekolah ini Visi sekolah iaitu melahirkan pelajar cemerlang, seimbang, berkuali, berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti telah dapat direalisasikan berkat kerjasama erat dan perkongsian bestari antara murid-murid, guru-guru, ibu bapa, staf sokongan dan masyarakat setempat. Dalam usianya hampir sepuluh tahun walaupun telah banyak mengalami liku-liku dan pelbagai cabaran, SMKTKU tetap teguh, gigih dan bersemangat kental sehingga berjaya menempa sejarah apabila meraih banyak kemenangan dalam kokurikulum disamping peningkatan akademik. Terima kasih diatas sokongan semua terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Pejabat Pelajaran Daerah Klang dan rakan-rakan sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama, Persiaran Sungai Keramat, Klang dibuka 6 hb Januari 1997. Nama asal Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Batu 2, Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang. Pembinaan sekolah ini disempurnakan pada akhir tahun 1996 dan sedia untuk beroperasi untuk sesi persekolahan 1997. Keluasan sekolah ini adalah kira-kira 5.20 ekar.Sekolah ini terdiri daripada 7 bangunan iaitu Blok Aspirasi, Blok Bitara, Blok Cendekia, Blok Difusi, Blok Efisien, Blok Firdausi dan Blok Gerbang Minda dengan jumlah bilik darjah sebanjak 31 buah.Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandar ini terletak di dalam daerah Klang. Sekolah ini terletak di sebuah Kawasan Perumahan yang sedang pesat membangun di pinggir Bandar Klang. Pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan sebuah ladang kelapa sawit yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan diberi nama Taman Klang Utama. Asal usul nama sekolah ini adalah mengambil sempena nama taman tersebut.Pada awal penubuhan pihak sekolah menghadapi masalah terutama dari segi kemudahan fizikal. Selama hampir dua minggu sekolah telah beroperasi tanpa bekalan elektrik dan talian telefon. Pihak sekolah juga terpaksa membeli beberapa peralatan seperti kerusi dan meja secara kredit memandangkan bekalan yang diterima itu tidak dapat menampung jumlah pelajar berdaftar pada tahun tersebut.Bermula dengan bilangan guru hanya seramai 26 orang dengan bilangan pelajar berjumlah 696 orang yang kebanyakannya adalah pelajar pelajar yang berpindah dari sekolah sekolah yang berhampiran dan hanya mempunyai kelas-kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2. Kini sekolah ini telah mengorak langkah dengan membuka kelas Tingktan 4 Sains bermula tahun 2000. Pada tahun 1999, persekolahan dua sesi dimulakan memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Sekolah ini mengalami perubahan besar bilangan tenaga pengajar dan bilangan pelajar dari tahun 1997 hingga 2007.